Sejarah Dinasti Liao

Templat:History of Mongolia

Sejarah China Sejarah China
PURBA
3 Tokoh Mulia & 5 Maharaja
Dinasti Xia 2100–1600 BCE
Dinasti Shang 1600–1046 BCE
Dinasti Zhou 1045–256 BCE
 Zhou Barat
 Zhou Timur
   Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh
   Zaman Negeri-negeri Berperang
Maharaja
Dinasti Qin 221 BCE–206 BCE
Dinasti Han 206 BCE–220 CE
  Han Barat
  Dinasti Xin
  Han Timur
Tiga Kerajaan 220–280
  Wei, Shu & Wu
Dinasti Jin 265–420
  Jin Barat16 Kerajaan
304–439
  Jin Timur
Dinasti-dinasti Utara & Selatan
420–589
Dinasti Sui 581–618
Dinasti Tang 618–907
  ( Zhou Kedua 690–705 )
5 Dinasti &
10 Kerajaan

907–960
Dinasti Liao
907–1125
Dinasti Song
960–1279
  Song UtaraXia Barat
  Song SelatanJin
Dinasti Yuan 1271–1368
Dinasti Ming 1368–1644
Dinasti Qing 1644–1911
MODEN
Republik China 1912–1949
Republik Rakyat China
1949–kini
Republik
China

(Taiwan)
1945–kini

Sejarah sebelum empayar

Topeng kematian Liao, kurun ke-10.

Oleh kerana tidak banyak rekod-rekod Khitan terselamat, sejarah awal mereka banyak berdasarkan kepada rekod-rekod China, yang mana agak kurang sebelum kurun ke-17, walau bagaimanapun kewujudan mereka disebut sejak kurun ke-4.

Orang Khitan tinggal di cerun timur kawasan pergunungan Khingan Besar, di antara bahagian timur Mongolia Dalam (kini). Kawasan ini ideal untuk perternakan lembu dan kuda, yang mana merupakan sumber kekayaan asas bagi orang Khitan. Budaya mereka berkembang perlahan-lahan selama beberapa kurun, dipengaruhi oleh konflik dan interaksi budaya dengan jiran-jiran mereka, penduduk nomad dan tetap. Menjadi satu kebiasaan juga bagi orang Khitan berkahwin campur dengan orang dari puak-puak padang rumput yang tinggal bersebelahan.

Semasa pemerintahan dinasti Tang di China, diketahui bahawa Khitan patuh kepada Uyghur yang membina ibukota mereka di Penara Mongolia sebelum berpindah kea rah barat pada tahun 840-an. Perkembangan awal adalah ke arah barat di dataran Mongolia, mengisi kekosongan kuasa ekoran perpindahan Uyghur. Puak-puak lain yang mendiami kawasan padang rumput ini adalah Shiwei, Xi dan Tartar. Baki orang Uyghur melarikan diri ke barat untuk mengelakkan pertembungan dengan kemaraan Khitan.

Setelah beberapa lama, Khitan membuat beberapa pemerhatian penting. Mereka menyedari bagaimana Uyghur memaksa Dinasti Tang membayar ufti. Mereka juga melihat kesan menggerunkan kavalri padang rumput yang digunakan oleh Shatuo Turki, Kyrgyz dan Uyghur bagi menentang pasukan tentera China[perlu rujukan]. Para pemimpin Khitan juga sedar bahawa untuk berdiri di atas kaki mereka sendiri bermakna mereka harus bersaing dengan China [perlu rujukan], satu keadaan di mana Khitan mungkin tidak memiliki harapan untuk berjaya. Mereka tahu bahawa mereka mesti memiliki akses kepada sumber-sumber China tanpa kehilangan budaya dan/ atau identiti yang mana adalah komponen penting bagi budaya padang rumput mereka.

Kebangkitan Abaoji

Pinggan Sancai, dinasti Liao, kurun ke-10-12.Dinasti Liao atau Empayar Khitan, sekitar 1000

Bermula tahun 750-an, satu puak yang menggunakan nama keluarga Yaolian yang memiliki gelaran khan, memegang monopoli kuasa selama lebih daripada 150 tahun. Mereka mempunyai hubungan penuh dengan istana dinasti Tang. Bahkan, khan Yaolian pertama memiliki nama keluarga maharaja, Li yang dikurniakan kepada beliau, meskipun tiada sesiapa yang mempedulikannya. Khan Yaolian kemudian memutuskan persekutuan dengan dinasti Tang dan menyertai gabungan penentang. Semasa tempoh ini, hanya puak Yaolian menggunakan nama keluarga dari kalangan Khitan.

Rekod-rekod China menyebut terdapat lapan buah suku Khitan. Suku yang paling berkuasa adalah puak Yila. Abaoji telah dilahirkan daripada puak ini pada tahun 872. Puak Yila tidak menggunakan nama keluarga China pada masa ini, meskipun mereka mempunyai hubungan erat dengan China, memfokuskan pergelutan mereka dengan jiedushi (gabenor tentera) di timur laut dari Dinasti Tang.

Abaoji telah dipilih menjadi ketua puak Yila pada tahun 901. Dua tahun kemudian, beliau dinamakan sebagai “yuyue”, komander bagi keseluruhan tentera Khitan. Puak Yila memiliki hubungan erat dengan Shatuo Turk. Li Keyong was a partially-sinified Shatuo Turk seorang jiedushi dari utara Shanxi. Pada tahun 905, Abaoji memimpin 70,000 tentera kavalri ke Datong dan membuat persaudaraan darah dengan Li Keyong, sebuah hubungan yang membentuk kawasan ini buat beberapa lama setelah kematian mereka.

Khitan kemudian memilih Khan Besar mereka, atau khaghan, pada satu majlis. Seorang Yaolia telah dipilih di setiap majlis ini sejak tahun 750-an. Bagaimanapun, kejayaan Abaoji menyebabkan peningkatan status beliau di kalangan Khitan. Melihat beliau seorang yang layak, Yaolian bersetuju untuk melantik beliau sebagai Khan Besar bagi Khitan pada tahun 907.